I made this widget at MyFlashFetish.com.

.: My Love Frenzzzzzzz :.

Wednesday, September 1, 2010

dari "PLAYBOY CAP GAYUNG".... =p

ku xtau la nape suka beno kat ayat2 dlam ....(ape tah nak pgil benda kat bawah ni... puisi ke???)
ni dari kwn time sek dulu2... rasanya kwn baik kot (ye ke???)
dia dpt dari seseorg yg mak ku gelarkan "PLAYBOY CAP GAYUNG"...
hahaha... sedap betul nama gelaran dia dapat.... (sape suh pmainkan atiku yg suci ni... hehehe)
pape pun layan je la ayat2nye....

ADAKAH DIRIMU HANYA KAWAN ATAU SAHABAT KU?
Terdapat perbezaan antara sahabat dan kawan?
Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dank au rasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan member hidupmu kepada mereka kerana kadang kala tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang seorang sahabat adalah seorang yang kau cintai? Bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil berat tentang dirinya, dank au memikirkannya ketika dia tiada disisimu. Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang amat mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka. Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki, dan wajahnya sentiasa dibenakmu. Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiranmu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka, mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepela mereka dibahumu.

Mereka adalah orang-orang yanh diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka mengambil berat tentang dirimu. Mereka menelefonmu hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharap satu alasan pun. Merela berkata benar pada kali pertama – dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu jika kau memiliki masalah, mereka akan sedia mendengar. Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika benar mereka menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar atau tidak. Mereka adalah orang-orang dengan siapa mereka menangis. Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau atau dia takkan berfikir siapa yang seharusnya mengakhiri pelukkan itu.

Mungkin meraka adalah orang yang akan memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarmu atau mengiringimu pada saat pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang kau nikahi?

p/s : aku suka dua baris terakhir tu.... hehehe (^_^)v (sorry...sorry...sorry... lau de salah eja... )

4 comments: